Mengenai SCCS









NHN AHBAR ENTERPRISE yang mana merupakan syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan telah didaftarkan pada Januari 2003. Pada awal perniagaan, syarikat terlibat dalam perniagaan pengangkutan dengan hanya menggunakan sebuah lori bersaiz 1 tan.
Setelah lebih setahun beroperasi, syarikat telah menambahkan aset di mana telah membeli sebuah lagi lori 3 tan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat samada dari badan kerajaan mahupun swasta.
Berbekalkan usaha, keyakinan dan azam yang kental, syarikat telah mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang katering dengan menubuhkan syarikat SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES (SCCS) pada Ogos 2004.
Di awal pengelibatan dalam bidang catering & canopy, syarikat hanya memiliki 5 buah canopy dan peralatan catering, di mana ianya hanya mampu menampung keperluan pelanggan  sebanyak 200 orang sahaja pada satu-satu masa. Namun, berkat usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa, SCCS kini mampu menampung bilangan pelanggan melebihi 1000 orang pada bila-bila masa.
Kini, SCCS  bukan sahaja hanya tertumpu pada majlis-majlis perkahwinan tetapi juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan makanan untuk Tema Perkahwinan Majlis Formal, Keduri Tahlil, Rumah Terbuka dengan menawarkan pilihan menu yang menarik dengan harga yang amat berpatutan.
Terkini, SCCS terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan satu lagi syarikat iaitu SENTOSA CATERING & CANOPY RESOURSES, sebagai “1 stop centre” dengan menyediakan perkhidmatan  seperti Pelamin, Andaman dan Pakaian Pengantin, PA system, Event Management, Wedding Consultancy, Professional Makeup, Fashion Designer, Honeymoon Package, Video & Photographer, Penyewaan Barangan Katering, Pengangkutan dan lain-lain perkhidmatan.
SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES
*dare to be different*